oh oh jefry ini dikenalkan oleh kak zu, iaitu kakak kepada kakak ipar umu.. kak zu laa yang uruskan pertemuan kitorang ni, hek hek.. kitorang xkenal pun jefry.. hee..
selepas beberapa minit, xsampai 5 minit pun kot, ade seorang lelaki yang datang menuju ke arah kami dan dan tiba2 bersuara
"dari Malaysia?""ha ahh" (angguk sekali)"Ezzan Cheras?""ha ah ha ah" (angguk beriya2 excited)....... oowh jefry ni org muda lagi rupanya.. hok hok
jefry ni lah yg bertanggungjawab akan membawa kami kemana2 yg kami nak...
x mau panggil die supir sebab sehingga pulang ke Malaysia, aku x anggap die supir, tetapi anggap die sebagai kawan baru kitorang sebab die sangat baik dan boleh ngam dengan kitorang =) dan di mana ada kami, di situlah ade nye jefry ;P
dalam kereta tu Ezzan tanya
"ni nak panggil apa ya.. nak panggil pak jefrey kee mas jefrey ya?""jefrey ajaaaa"wakakaka, ezan skema indaa~~
kitorang yg gemuk2 ni semua duduk depan.. idzuan sorang2 duduk kat belakang sekali dihimpit beg2 gedabak ;P cian idzuan, dahh laa kurus ;p hihi
dd dan rossa yang selesa di depan ;POn the way dari airport ke Hotel Progo untuk check in, mata kami dihidangkan dengan rupa Bandung.. honestly aku suka sangat.. jalan raya yang sangat kecil2.. rumah dan kedai yang tidak dapat dibezakan sebab setiap kedai rekabentuknyee seperti rumah.. haha benar! comelnyee nyee Kota fashion Bandung ni di mata ku :) Universitas pun merata2.. owh~
*tapi rupa2 nyaaa, jalan yg cantek dan tenang ini cuma sekitar airport ke hotel ku jek.. tengok kat tempat lain di Bandung, x de pun ;p
huk huk punyela banyak gambar yang aku tangkap untuk tunjuk rupe Bandung, tapi satu gambar ni je yang berjaya x gegar.. waaaTapi di Bandung, kitorang kejutan budaya siket sebab pemanduan jalan raya di sini sangat laaa pelik... rapat giler2 antara 1 kereta dengan kereta yang lain
(dd dan ezan asyik menjerit jek sebab rase macam dah rapaaatt sangat dengan kereta sebelah tapi jefry kool jek), bunyi hon pun susah nak dengar, hik.. oh orang yang melintas pun x ada perasaan, jalan macam siput jekk... jalan laah sesiput mana pun, kereta mesti berhenti punyeee ;P
(kalau kat Malaysia ni mau hon berdas2 dan pakej maki hamun ni) .. impresses okayy tengok org melintas jalan tanpa perasaan.. hik selamba dek die je ;p
* huk huk rupe2nye, hari kedua di sana baru aku perasan sekitar tu ada signboard "Anda melalui kawasan tertib jalan raya".. patutlaa berhemah giler... ingatkan seluruh Bandung macam tu hok2.. rupe2nyee tak pun ;pSelain itu, seronok sangat nampak banyak gerai yang beroda tolak2 tu macam dalam sinetron Ratapan Anak tiri yang anak tiri tu jual bakso depan sekolah tu =p memang banyaklaaa sepanjang jalan tu dengan gerai beroda tolak2 tu, siap melintas2 lagi =p owh aku jakun~
Lepas tu, orang menjual2 dari kereta ke kereta, jangan cakaplah~ memang ramai.. Tapi disebabkan ramai yang dah berpesan jangan bukak tingkap kereta kalau orang nak jual2, soo aku pun x berani laa bukak tingkap ;p
terkedu kejap aku melihatnyee betapa rajin nye mereka ini.. susah pulak nak jumpe yg mintak sedekah, tetapi mostly ramai yang nak menjual laa... kalau x menjual pun, mereka akan menyanyi bersama gitar dari kereta ke kereta dengan harapan akan ada org bagi duit.. hoho bapok pun ada datang menyanyi kat kereta kitorang tauuu mase trefik light merah ;p heee terhibur laa ;p
okay, dari airport ke tempat penginapan kami x jauh pun.. dekat aje dalam 15 minit gitu.. nama hotel kami adalah Hotel Progo... ini bukan hotel yang class tinggi, cume budget hotel je ni, tetapiii service nyaaa baikk :D


rate hotel ni ok.. cam kitorang ber4 girls amik junior family room..
kalau weekdays, 1 malam di kire 425 ribu rupiah = RM 153.85
kalau weekend, 1 malam di kire 500 ribu rupiah = RM 181
so total 4 hari 3 malam untuk penginapan adalah ---> 1 juta 350 ribu rupiah = RM 488.70
RM 488.70/4 orang = RM 122 seorang untuk 4 hari 3 malam :Ditu untuk girls... untuk lelaki lain pulak, sebab amik bilek deluxe kan untuk 2 orang..
kalau weekdays, 1 malam di kire 230ribu rupiah = RM 83
kalau weekend, 1 malam di kire 275ribu rupiah = RM 99.55
so total 4 hari 3 malam untuk penginapan adalah ---> 735 ribu rupiah = RM 266
RM 266/2 orang = RM 133 seorang untuk 4 hari 3 malam :Dtengoklaa katil untuk junior family room ni, besar dan banyak ;p puas hati kami dapat sorang 1 bahagian

yang penting ada cermin panjang dalam bilek, dan luar bilek kitorang pun ada cermin panjang gak ;p ngeekitorang check in cume letak2 beg kejap, basuh2 muke... lepas tuu jommm terus jalannn :D
Bersambung..